Legoland Malaysia ليݢولاند مليسيا | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Lokasi | |
Koordinat | 1°25′30″N 103°37′38″E ![]() |
Dibuka | 15 September 2012[1] |
Pemilik | Merlin Entertainments |
Pengurus besar | Siegfried Boerst |
Tema | Taman tema |
Musim beroperasi | Sepanjang tahun |
Tarikan | |
3 | |
Tunggangan air | 3 |
Laman sesawang | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pengangkutan dari Singapura dan Semenanjung Malaysia laman web [1] Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim pada 22 September 2012.[2] Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego dibina berdekatan dengan kawasan ini. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang dibuka pada pertengahan tahun 2013[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.[4]
Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.[3]
Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.[3]
Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya[5] dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya.[3]
|url=
value (bantuan) pada 2012-01-14. Dicapai pada 2012-08-16.